Surah Hud

Surah Huud (سورة هود) adalah surah ke-11 dalam al-Quran dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini terdiri daripada 123 ayat diturunkan sesudah surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungannya dengan terdapatnya kisah Nabi Huud a.s. dan kaumnya dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh a.s., Saleh a.s., Ibrahim a.s., Luth a.s., Syuaib a.s. dan Musa a.s.